Wednesday, April 20, 2011

ALAMAT, NO TELEFON DAN GAMBAR MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH PERAK


Mahkamah Rayuan Syariah Perak
Aras 5, Mahkamah Syariah Perak Darul Ridzuan
Jalan Pari Off Jalan Tun Abdul Razak
30100, Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
No Telefon : 05-5018448       No Fax : 05-5018523


Mahkamah Tinggi Syariah Perak
Aras 5, Mahkamah Syariah Perak Darul Ridzuan
Jalan Pari Off Jalan Tun Abdul Razak
30100, Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
No Telefon : 05-5018448       No Fax : 05-5018523


Mahkamah Rendah Syariah Ipoh
Aras 2, Mahkamah Syariah Perak Darul Ridzuan
Jalan Pari Off Jalan Tun Abdul Razak
30100, Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
No Telefon : 05-5018448       No Fax : 05-5018521




Mahkamah Rendah Syariah Manjung
Jalan Lumut
32040, Seri Manjung,
Perak Darul Ridzuan
No Telefon : 05-6884926       No Fax : 05-6889271





Mahkamah Rendah Syariah Gerik
Kompleks Mahkamah Syariah & Pentadbiran Agama Islam Daerah Gerik
Batu 3 ¼, Jalan Intan,
33300, Gerik,
Perak Darul Ridzuan
No Telefon : 05-7914876       No Fax : 05-7921109




Mahkamah Rendah Syariah Seri Iskandar
Aras 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Kampung Gajah
36800, Kampung Gajah,
Perak Darul Ridzuan
No Telefon : 05-6318885       No Fax : 05-6318885




Mahkamah Rendah Syariah Kuala Kangsar
Jalan Dato Sagor,
33000, Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
No Telefon : 05-7771395       No Fax : 05-7776308




Mahkamah Rendah Syariah Teluk Intan
Kompleks Pentadbiran Pejabat Agama Daerah Teluk Intan
Jalan Raja Muda Musa
36000, Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan
No Telefon : 05-6218878       No Fax : 05-6229348




Mahkamah Rendah Syariah Taiping
Jalan Muzium
34000, Taiping,
Perak Darul Ridzuan 
No Telefon : 05-8066915       No Fax : 05-8089431




Mahkamah Rendah Syariah Parit Buntar
Jalan Sempadan
34200, Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan
No Telefon : 05-7171190       No Fax : 05-7163623




Mahkamah Rendah Syariah Tapah
Jalan Temoh
35000, Tapah
Perak Darul Ridzuan
No Telefon : 05-4032210       No Fax : 05-4032213



Thursday, April 14, 2011

HARTA SEPENCARIAN DAN CONTOH BORANG


Harta Sepencarian

( Jointly Acquired Property)
dan
contoh borang permohonan





Mengikut Hukum Syarak, Harta Sepencarian bermaksud pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Harta Sepencarian adalah “harta-harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan secara bersama oleh Suami dan Isteri yang melibatkan harta alih ( wang, kenderaan dll) dan harta tak alih (rumah, tanah, saham dll”). Biasanya isu Harta Sepencarian timbul apabila berlaku penceraian dalam rumah tangga. Suami ataupun isteri apabila berlaku penceraian akan menuntut harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah untuk Mahkamah menentukan pembahagian yang patut diterima ke atas harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan sebelum berlakunya penceraian.

Mahkamah Tinggi Syariah Perak di bawah bidangkuasanya ( Seksyen 50 (3)(b)(v), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 hendaklah menentukan pembahagian harta sepencarian yang dituntut mengikut (Seksyen 122(2)(a)(b)(c) Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004).

Di bawah Seksyen 122(2)(a)(b)(c) Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004, Mahkamah hendaklah dalam menentukan pembahagian Harta Sepencarian  melihat kepada :-

1.        Takat Sumbangan- Sumbangan yang telah dibuat oleh setiap pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset-aset itu;

2.        Apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat berama mereka;

3.        Keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu, jika ada;

Setelah mengambil kira semua pertimbangan² di atas, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang “sama banyak” atas harta sepencarian yang dituntut oleh pihak Plaintif dan Defendan;

Sekiranya berlaku “kematian” samada suami atau isteri , di dalam perkahwinan atau setelah berlaku penceraian, pihak suami atau isteri yang masih hidup boleh menuntut harta sepencarian dengan menamakan waris-waris yang menerima harta faraid si mati sebagai Defendan-Defendan. Contohnya seperti berikut :

" A dan B telah berkahwin dan kemudian telah bercerai. A tidak sempat menuntut harta sepencarian dari B selepas penceraian kerana B telah meninggal dunia. Hasil perkahwinan A & B telah dikurniakan 2 orang anak lelaki dan2 orang anak perempuan. Bapa dan ibu B telah meninggal dunia dahulu sebelum B meninggal dunia. Oleh sebab B telah meninggal dunia , A masih mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian dari waris-waris faraid B"

Di dalam kes di atas, A hendaklah menuntut harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah dengan menamakan waris-waris faraid iaitu anak-anak lelaki dan perempuan sebagai Defendan-Defendan di dalam kes Harta Sepencarian yang difailkan. Setelah Mahkamah membuat keputusan, harta yang telah diisytiharkan sebagai Harta Sepencarian A dengan B, setelah ditolak bahagian A, baki harta bahagian B (si mati) akan dibahagikan kepada waris-waris mengikut hukum faraid.

Di Negeri Perak, permohonan harta sepencarian bolehlah difail di kaunter Mahkamah Tinggi Syariah di alamat Mahkamah Syariah Perak, Tingkat 5, Jalan Pari Off Jalan Tun Abdul Razak, 30100, Ipoh, Perak atau boleh bertanya kepada Pembantu Pendaftar MTS Perak dengan menghubungi di No Telefon 05-5018400.

Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan bagi pendaftar kes Harta Sepencarian.

·                     Saman dan Penyata Tuntutan (ditaip sendiri oleh Pemohon) -    4 salinan
·                     Kad Pengenalan Pemohon - 4 Salinan
·                     Surat Nikah /cerai  - 4 salinan
·                     Bukti Harta yang dituntut ( Geran Tanah, Geran Kereta dll - 4 salinan
·                     Sijil Kematian ( Jika berkenaan ) - 4 salinan
·                     Apa-apa dokumen berkaitan yang menyokong permohonan ini - 4 salinan
( Fee RM 100.00 hendaklah dibayar semasa Pendaftaran Kes)


Wednesday, March 16, 2011

PERMOHONAN FASAKH DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PERAK

PERMOHONAN Fasakh
di Bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Perak






SEKSYEN 53 Enakmen Keluarga Islam Perak Tahun 2004 memperuntukkan seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang disebutkan di dalam seksyen ini (Sila lihat seksyen 53, Enakmen Keluarga Islam Perak Tahun 2004)

Pada 27 Julai 2010, satu Arahan Amalan Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Bil 2 Tahun 2010 telah dikeluarkan yang menyatakan seperti berikut:-

“ Saya ingin menarik perhatian Y.A/Tuan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Perak pada 22 Julai hingga 24 Julai 2010 di Taiping Golf Resort Perak telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan berhubung kes Pembubaran Perkahwinan secara Fasakh seksyen 53 Enakmen Keluarga Islam Perak Tahun 2004. Kes ini adalah dibawah bidangkuasa MAHKAMAH TINGGI SYARIAH dan hendaklah disebut, dibicara dan diputuskan di MAHKAMAH TINGGI SYARIAH”.

                 “Arahan Amalan ini berkuatkuasa 1 Disember 2010”

    Oleh sebab yang demikian, mana-mana pihak lelaki atau wanita yang mahu menfailkan atau mahu membuat permohonan Fasakh, hendaklah menfailkan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Perak di Ipoh dan bukan lagi di Mahkamah Rendah Syariah seperti sebelum ini.

Tuesday, March 15, 2011

FEE YANG DIKENAKAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PERAK



FEE-FEE YANG DIKENAKAN
DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PERAK

Bil
Jenis dokumen
rm
1.
SAMAN DAN PENYATA TUNTUTAN
100
2.
PERMOHONAN
40
3.
AFFIDAVIT
4
4.
WAKALAH PEGUAM
4
5.
EXIBIT ( LAMPIRAN )
1
6.
PINDAAN PENYATA TUNTUTAN
10
7.
PERMOHONAN INTERLOKUTORI DAN AFFIDAVIT
23
8.
PENYATA PEMBELAAN
4
9.
PENYATA PEMBELAAN DAN TUNTUTAN BALAS
104
10.
JAWAPAN KEPADA PENYATA PEMBELAAN
4
11.
AFFIDAVIT JAWAPAN
4
13.
AFFIDAVIT PENYAMPAIAN / TANPA PENYAMPAIAN
4
14.
NOTIS MELEPASKAN PEGUAM
4
15.
NOTIS PENARIKAN DIRI PEGUAM
4
16.
NOTIS PENARIKAN BALIK TINDAKAN
4
17.
PENGGULUNGAN HUJAH / HUJAH
4
18.
PERMOHONAN PERINTAH BERTULIS
4
19.
PERINTAH DALAM KAMAR
20
20.
PERINTAH MAHKAMAH TERBUKA
50
21.
PERAKUAN SEGERA
4
22.
NOTIS RAYUAN MAHKAMAH TINGGI KE RAYUAN
100
23.
IKATAN DOKUMEN
RM4