SWF

Tuesday, September 28, 2010

PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI DI MAHKAMAH SYARIAH PERAK


permohonan poligami di mahkamah syariah perak

1.      Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah Perak

2.      Permohonan hendaklah dimulai dengan saman dan penyata tuntutan (Sila minta contoh Saman dan penyata tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak atau Mahkamah Rendah Syariah daerah yang berhampiran )

3.      4 salinan Saman dan Penyata Tuntutan yang telah siap ditaip hendaklah di failkan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak yang terletak di Ipoh sahaja dan bersama-sama Saman dan Penyata Tuntutan hendaklah disertakan 4 salinan dokumen² berikut:-

ü  Kad Pengenalan Plaintif (Pemohon), Defendan (isteri² sedia ada) dan Bakal Isteri.

ü  Surat Nikah / Sijil Nikah dengan isteri yang sedia ada

ü  Surat Akuan Majikan ( sekiranya alamat IC Pemohon bukan dalam negeri Perak tetapi bekerja di dalam Negeri Perak

ü  Surat beranak anak-anak yang sedia ada

ü  Slip Gaji terbaru / Pengesahan Pendapatan dari Ketua Kampung

ü  Surat Kebenaran dari ketua Pemerintah ( Bagi tentera dan Polis – WAJIB )

ü  Borang kebenaran berkahwin yang telah siap diisi oleh Lelaki dan Perempuan (bakal isteri)

ü  Geran tanah / Geran Kereta atau apa-apa bukti harta yang hendak diisytiharkan sebagai harta sepencarian bersama diantara Pemohon dengan isteri yang sedia ada

ü  Apa-apa dokumen berkaitan

Fee Mahkamah sebanyak RM 100.00 akan dikenakan semasa Penfailan.

No comments:

Post a Comment