SWF

Monday, October 4, 2010

LAFAZ CERAI LUAR MAHKAMAH DAN PENALTI



Di dalam islam dan mengikut syarak, suami mempunyai kuasa dan hak melafazkan talak terhadap isterinya sekiranya suami itu mahu menceraikan isterinya ( Surah At-Talaq, Ayat 1 ). Talak yang dilafazkan jatuh sekiranya ia diucapkan secara jelas (Sarih) dan didengar oleh isteri yang mahu diceraikan. Talak juga jatuh sekiranya talak itu dilafazkan secara Qinayah (tidak jelas) tetapi diakui oleh suami memang dia berniat menceraikan isterinya itu.

Di Malaysia khususnya di Negeri Perak, mengikut ( Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Perak tahun 2004 ) memperuntukkan, sekiranya seseorang suami atau seseorang isteri mahu menuntut atau memohon penceraian, suami atau isteri itu hendaklah datang ke Mahkamah Syariah dan menfailkan permohonan cerai untuk didengar dihadapan Hakim.

Seorang suami yang berniat mahu menceraikan isterinya, tidak boleh melafazkan cerai terhadap  isterinya  diluar Mahkamah melainkan dengan kebenaran Hakim Syarie . Sekiranya lafaz cerai luar Mahkamah  oleh suami berlaku, suami itu telah melakukan satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman Denda sebanyak RM 3000.00 atau dikenakan  hukuman 2 tahun  penjara atau kedua-duanya sekali (Seksyen 125, Enakmen Keluarga Islam Perak tahun 2004) oleh Mahkamah.

Penceraian luar Mahkamah oleh suami juga hendaklah dilaporkan kepada Mahkamah secepat mungkin (Seksyen 57, Enakmen Keluarga Islam Perak tahun 2004) untuk pengesahan lafaz cerai samaada sah atau tidak.


“PERKARA HALAL YANG PALING DIBENCI OLEH ALLAH ADALAH TALAQ”

No comments:

Post a Comment