SWF

Sunday, March 13, 2011

HAK PENJAGAAN ANAK (HADHANAH) DAN CONTOH BORANG-BORANG



PERMOHON HAK PENJAGAAN ANAK (HADHANAH)
DAN
CONTOH BORANG PERMOHONAN

    Seksyen 82 Enakmen Keluarga Islam Perak Tahun 2004 memperuntukkan Orang-Orang Yang Berhak menjaga Kanak-Kanak.Di Mahkamah Syariah Perak lazimnya, pasangan yang telah bercerai akan memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah Hak Penjagaan untuk menetapkan Penjaga anak-anak mereka samaada Hak Penjagaan anak diberikan kepada Ibu ataupun Bapa. Mengikut seksyen 82 Enakmen Keluarga Islam Perak Tahun 2004, mana-mana pihak bapa atau ibu atau mana-mana pihak yang berkepentingan boleh menuntut Hak Penjagaan Anak walaupun ibu atau bapa kanak-kanak yang dituntut belum berpisah atau bercerai.

    Biasanya penjagaan anak-anak dibawah umur 9 Tahun adalah tertakluk kepada perintah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah manakala anak-anak yang berumur 9 Tahun ke atas adalah tertakluk kepada kehendak anak-anak itu samada mahu tinggal bersama Bapa atau Ibu. Di Mahkamah Tinggi Syariah, anak-anak yang berumur 9 Tahun ke atas yang menjadi pertikaian akan dipanggil oleh Hakim di dalam Kamar untuk Hakim bertanyakan siapakah penjaga yang mereka mahukan.

    Di Mahkamah Syariah Perak, Permohonan Hak Penjagaan Anak ( Hadhanah) hendaklah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak yang berpejabat di Mahkamah Syariah Perak, Aras 5, Jalan Pari, Off Jalan Tun Abdul Razak, 30100, Ipoh, Perak.

Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan bagi proses penfailan kes :-
  • Saman dan Penyata Tuntutan ( Hendaklah ditaip sendiri oleh Pemohon)
  • Kad Pengenalan Plaintif (Pemohon)
  • Sijil Nikah atau Sijil Cerai ( Ibu dan bapa kanak-kanak)
  • Surat Beranak anak-anak
  • Repot Polis ( Jika Ada )
  • Dokumen-Dokumen yang menyokong permohonan.




2 comments:

  1. Saman dan Penyata Tuntutan hendaklah serta dokumen-dokumen lain hendaklah dibuat dalam 4 salinan setiap satu. Sekian.

    ReplyDelete
  2. salam..sy nk tny...ada x apa2 pentakrifan dalm enakmen kluarga islam perak y menerangkan berkenaan dengan mksud hadhanah tu sndri??...

    ReplyDelete